Showing posts with label Tips Internet. Show all posts
Showing posts with label Tips Internet. Show all posts

Wednesday, 2 November 2011

Download Torrent File with IDM

1) Get your torrent file 
You can get from a list of web sites like the entry below.
2) For example, I use the web site http://thepiratebay.org & I want to download Gullivers.Travels.2010.SWESUB.R5.AC3.XViDMovieCom.se.avi



3) Right Click on download this torrent and select Copy Link Location as shown below.



4) Download torrent file to torrific
You must Register to upload a file.. register here



5)Enter the URL of the torrent file into the box as shown in the picture below and click on 'Get'.


6) Next, you will see a list of files contained in the file. Click on 'initiate bittorrent transmision' to the next step.

7) If the file is ready to be downloaded to the server Torrific, it will appear as shown below. wait status change to available.... torrific will send email when the file is availble...

8)  I recommend using an application Internet Download Manager (IDM). This application is to accelerate the download process.



To download using IDM, right click on the link files and select Download with IDM

Saturday, 10 September 2011

Hacker Malaysia : Forum Pembelajaran Hacking Terbaru

Assalamualaikum semua. Setelah munculnya forum SILENT HACKERS, sekarang muncul pula sebuah lagi forum KHUSUS untuk para pemula mempelajari tips dan teknik-teknik menggodam (hacking) iaitu HACKER MALAYSIA!

Klik untuk paparan lebih besar



Forum ini mula dibuka secara rasmi pada 26 Jun 2011 (Tengok gambar tu. Mr.Hac sedang temuramah pengasasnya). Forum Hacker Malaysia diasaskan oleh individu yang menggelarkan dirinya sebagaiUncleSHARK. Katanya, beliau mula tergerak hati untuk membuka Forum Hacker Malaysia selepas peristiwa serangan Anonymous Hackers. Beliau juga hanya tahu mengenai Forum Silent Hackers Malaysia (SH) selepas ada ahli forum yang bercerita mengenainya, bererti UncleSHARK bukanlah 'serpihan' ahli dari SH (hehe..propa ni). Bila ditanya harapannya untuk forum, beliau berharap agar kesemua ahlinya akan mengetahui erti sebenar 'godam' dan keselamatan IT, serta sesiapa sahaja yang pandai dalam bidang ini tidak menyalahgunakan ilmu yang diberikan.

Mahu daftar sebagai ahli? sila klik pada butang di bawah:



Sumber : Mr.Hac

Senarai Blog dan Forum Komputer/IT Kegemaran (Malaysia & Indonesia)

Semua website dan juga forum ini saya ambil daripada Mr.Hac  dan juga  Bro MJ. Ada sesetengah laman web juga yang saya minati dari lawam web Mr.Hac.





Senarai Forum Komputer/IT:
1. Silent Hackers Forum
2. Hacker Malaysia
3. Devilzc0de (Indonesian Forum)
4. Komuniti Ubuntu Malaysia
5. Forum JomLinux

Setakat ni hanya 5 ni je yang menarik hati Mr.Hac. Yang lain? Hmm..neeeehhhhh..  

Senarai Blog Komputer/IT:
1. Fikri dot My
2. Bro Zool
3. My Global Networks
4. JomPHP
5. JomLinux
6. Linux Malaya
7. Foss Malaya
8. Melayu Buntu
9. Eins.my
10. Cekap Komputer
11. XLAWS
12. Maiiqueen (Indonesia)
13. Devil-404 (Indonesia)
14. Deensokmo
15. Sumber Terbuka

Semoga senarai ini bakal menjadi rujukan untuk anda semua. Jika anda ada laman blog/forum komputer/IT kegemaran sendiri, lontarkan pandangan dan berikan komen anda. Sekiranya saya rasakan sesuai, saya akan kemaskini senarai di atas untuk anda semua.

Friday, 9 September 2011

Cara Bypass Adf.ly

Assalamualaikum kepada semua. Korang semua yang kaki Download sure tahu Adf.ly kan ? Hari ini aku akan tunjuk cara-cara nak Bypass benda ni

Adf.ly
 ialah servis pemendekan pautan secara percuma. Namun, biarpun ia percuma, ia membayar kepada para penggunanya yang memendekkan pautan serta menayangkan iklan mereka.

Akan tetapi, jika khidmat percuma yang membayar penggunanya ini digunakan secara berhemah, seperti memendekkan pautan-pautan yang berguna, ia tidak menjadi masalah. Bagaimana pula jika pautan itu membawa kepada sesuatu yang beunsur penipuan seperti laman palsu (phishing page) atau pautan-pautan lain yang tidak berguna kepada sesiapa?

Oleh itu kaedah bypass pautan adf.ly adalah sangat berguna tambahan pula kita tidak lagi perlu menunggu lama untuk membuka pada pautan yang sebenar. Ikuti tutorial ringkas kali ini..


RedirectionHelper userscripts

RedirectionHelper ialah skrip yang membantu untuk melepasi pautan adf.ly dan lain-lain jenis servis pemendekan pautan.

Para pengguna Google Chrome boleh terus memasang skrip ini pada pautan di bawah:

Klik -> RedirectionHelper userscripts

Para pengguna Firefox pula perlu memasang add-on Greasemonkey terlebih dahulu.

Klik -> Greasemonkey

Anda boleh menambah atau mencuba skrip yang lain di sini -> userscripts.org

Tak lupa juga anda boleh mencuba skrip Fly-Ads-Fly (thanks to citeje.com)

Klik -> Fly-Ads-Fly

Apa yang perlu anda lakukan selepas memasang add-on Greasemonkey (bagi pengguna Firefox) ialah dengan klik pada butang 'Install' seperti di bawah:


Bagi pengguna Google Chrome ia akan menjadi extension setelah selesai pemasangan.
Say good bye to adf.ly!

Tuesday, 6 September 2011

Sejarah Virus Trojan Horse

Virus Trojan Horse ialah program yang menjangkiti sesuatu komputer untuk mengakibatkan kerosakan. Kerosakan tersebut boleh ditafsirkan sebagai kecurian data, kecurian identiti, akaun sulit dan sebagainya. Trojan Horse boleh menjangkiti mesin pengguna tanpa disedari. Sebaik sahaja ia menembusi komputer, virus Trojan Horse akan mengimbas keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data peribadi.

Salah satu virus Trojan Horse terawal dikesan pada tahun 1980-an, apabila beberapa komputer terjejas akibat jangkitannya. Ia telah dibangunkan oleh penggodam dengan tujuan untuk mencuri kata laluan akaun-akaun peribadi atau sulit. Semakin hari ia semakin berkembang dan semakin canggih fungsinya.

Nama Trojan Horse datang dari cerita mitologi Yunani tentang pengepungan Troy. Orang-orang Yunani tidak mampu untuk menakluk bandar sehingga mereka membina sebuah kuda kayu Trojan yang besar dan menyembunyikan beberapa orang pahlawan (tentera) di dalamnya. Kuda kayu itu sepatutnya menjadi hadiah dari orang Yunani, memaklumkan bahawa mereka akan belayar dan tidak lagi mahu menakluki bandar. Apabila kuda Trojan dibawa masuk ke dalam bandar, tentera Yunani di dalamnya menunggu sehingga hari beransur gelap dan kemudian menyerang Troy, memusnahkan sekali gus memenangi peperangan.


Menurut beberapa sumber dalam talian virus kuda Trojan pertama dikenali sebagai 'pest trap', yang juga dikenali sebagai 'Spy Sheriff'. Trojan Horse ini berjaya menjangkiti kira-kira satu juta komputer di seluruh dunia. Ia tidak merosakkan mana-mana fail pada komputer, sebaliknya ia membawa kepada kemunculan sejumlah besar pop-up, sebahagian besar daripadanya kelihatan seperti amaran kepada pengguna mengenai keperluan untuk memasang beberapa jenis aplikasi/perisian. Apabila virus Trojan Horse menjangkiti satu-satu komputer, agak sukar untuk membuangnya. Jika ia mahu dipadam, virus Trojan Horse hanya akan memasang semula dirinya daripada data fail tersembunyi yang telah terjejas (dijangkiti) pada komputer.

Terdapat satu perkara penting yang perlu diingat, virus Trojan Horse tidak boleh 'dihidupkan' melainkan jika pengguna tidak mengaktifkan program yang mempunyai virus tersebut. Adalah penting yang anda tidak memuat turun program-program yang tidak diketahui, yang mana sumber integritinya boleh diragui, lebih-lebih lagi jika seseorang atau sesuatu memujuk anda untuk berbuat demikian.