Saturday 10 September 2011

Hias dan Ubahsuai Tampilan Dekstop Windows Anda Seperti Pro

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.
Pernahkah anda lihat persekitaran dekstop (Desktop Environment) seseorang yang begitu menarik perhatian anda? Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang cara menghias persekitaran desktop (Windows 7/XP).

Terdapat dua cara untuk menghias persekitaran desktop sama ada anda mahu menggunakan perisian atau cara manual. Cara yang saya gunakan adalah kedua-duanya tetapi saya minimakan penggunaan RAM supaya prestasi PC tetap kekal terbaik apabila diperlukan.

Jika anda mahu gunakan perisian semata-mata, maka perisian yang boleh saya cadangkan ialah
Winstep Extreme (versi terbaru ialah 11.6). Namun jika anda mahu keseronokan mencari beberapa perisian yang dapat menyerupai persekitaran desktop Winstep Extreme, berikut saya senaraikan beberapa perisian dan keperluan untuk menghias desktop anda:

  • Rainmeter - Platform untuk pengubahsuaian Desktop
  • RocketDock - Graphical User Interface (GUI) untuk pelancar aplikasi
  • 7tsp - 7 Theme Source Patcher: Membantu anda mengubah tema Windows dengan mudah
  • Windows Start Button Changer - Pengubah butang 'Start Menu'
  • Beberapa icon untuk melengkapkan hiasan dan beberapa 'skin' untuk mengubahsuai Rainmeter

Contoh tampilan persekitaran desktop saya


Gambar di atas adalah contoh dari persekitaran desktop saya sendiri (tak habis lagi tu, baru lepas format). Saya meminimakan penggunaan gadjet tetapi menambah beberapa 'skin' yang dapat menggantikan default gadjet dari Windows 7. Berikut adalah beberapa perkara yang diubah/ditambah oleh saya:

1. Butang 'Start Menu'
2. HD Wallpaper
3. Dock (Rocket Dock, kerana ia mudah digunakan dan diubahsuai)
4. Rainmeter skin (Apa yang dipasang adalah Arcs-8Core Clock, Kerrigan CPU, Kerrigan RAM)
5. Ikon di taskbar yang telah disusun/dipindah ke tengah
6. Tema (Theme)
7. Ikon pada Rocket Dock yang telah diubah

Apa lagi yang akan diubahsuai/ditambah? buat masa ini saya akan mengubah icon pada taskbar kepada warna hitam supaya sepadan dengan tema (Dark Edition). Pada asalnya saya memang telah memasang Windows 7 versi 'Dark Edition' tetapi saya kurang berpuas hati dengannya. Jadi saya mengambil keputusan untuk reinstall Windows 7 (Ultimate) dan ubahsuai sendiri tampilannya kepada 'Dark Edition' versi Mr.Hac. Selain dari RocketDock, anda juga boleh menggunakan ObjectDock sebagai tambahan (versi percuma disediakan)

Sekiranya anda mahu tutorial, anda boleh rujuk kepada setiap forum perisian yang saya gunakan.
Pautan untuk memuat turun perisian-perisian tersebut adalah seperti dibawah:

1. Rocket Dock

2. Rainmeter

3. Wallpaper

4. Windows Start Button Changer

5. 7 Theme Source Patcher

6. Rainmeter Skin


Untuk melihat tutorial di Youtube, Anda boleh klik pautan dibawah:

-> How To Customize Windows 7 Desktop


Sumber : Mr.Hac

No comments:

Post a Comment